First sekali I cari apps 'Baby Checklist' kat phone. Mulanya I tulis eh kat buku. Memang gigih. Then bila fikir balik takkan nanti nak pegi shopping mall ke baby expo ke nak bawa buku tu kann. So gigih lai cari apps. And jumpa punn yang ni. 'Baby Checklist' yang ada gamba Flamingo tu (ye ye je flamingo. Hahahaha)
Apps tu sangat bagus bagi I. Kite list out segala benda tapi at the same time apps tu pun ade list out what should have in our list. Kalau rasa perlu, keep remain in the list. Kalau tak perlu, boleh delete and boleh add on juga :) Bukan untuk baby je tauu. Tapi untuk mom sekali. Lets check it out.
See. Kat atas tu. Ada tab 'hospital checklist' and 'baby checklist'. Hospital checklist will list out what should prepare for mum and baby :')
Below hygine section. So, kalau dah ada boleh click right tuu. Then dia akan cross that thing. Means it done!
This one for hospital checklist for baby and mum.
So im done with the apps yang sangat helpful. Teheee. Jom start dengan what should we have for our baby in detail. I kan masa 3 months pregnant dah start kumpul sikit sikit. Orang kata tak baik buat preparation awal awal. Tapi kite kan plan Allah yang tentukan. Banyakkan berdoa.
Bila ade baby expo je confirm I akan ajak husband pegi. Lantak laa masa tu orang tak nampak baby bump lagi tapi masa tu tengah energetic. Kalau dah 7 bulan baru nak pegi, rasa nak meletop tumit kaki ni haa. Memang I rase good plan laa pegi awal-awal.
Ni antara yang memang banyak I grab kat baby expo. Paling mahal pun baju baby sepasang RM18. Memang beli 4-5 helai teruss. Hehehe. So, I shortlist ikut category ye.
Hygine
1. Bath tub baby - yang ni I beli kat Ikea memang murah plus besar. Beli sekali dengan stools
2. Herbal cream tropika - ni suggestion dari my friend. Dia kata ni item MUST HAVE. Nak cari benda ni pun kemain susah. Asyik habis je. I dapat dalam RM28 je instead kat baby expo pun RM35. Dah cuba kat husband memang tak panas. Bau nya best sebab ada minyak kayu putih. Tak sabar nak sapu kat baby nanti. Hee
3. Baby toiletries - ni beli satu set terus brand Johnsons. Dalam RM35 plus. I beli yang bedtime.
4. Sponge & face cloth
5. Baby towels - cari yang betul betul serap air. Kalau tak, nanti kesian baby kena ruam ruam sebab confirm yang tak serap air tu material nya kasar sikit.
6. Non slip bath mat
7. Baby brush & comb - ni pun I beriye cari yang elok sebab nak brush betul betul lembut
8. Baby nail scissors - belum beli lagi.
9. Cotton balls - ni pun cari yang tebal sebab nanti nak lap bila baby poo poo kan
10. Nappy cream - ni nanti suruh daddy dia cari kalau dia ruam ke
11. Nappy wipes - ni memang standby banyak. Selalu kat baby expo memang murah. 3 packet RM10 macam tu
12. Nappies - ni pun I banyak search kat blog mana yang baik untuk baby. So I pilih Mamy Poko. Beli kat Aeon Big masa tu 1 pack RM25. I terus ambik 4 pack. Kalau kulit baby tak serasi, boleh sedekah kat orang lain kann.
Clothes
1. Baju jalan jalan - ni memang I beli banyak sampai tak larat nak cuci. I banyak beli brand carters. Kalau baby ni nak beli rompers, beli yang ada button tengah so senang nak masukkan tangan dia. Kalau beli button bawah je kena masukkan ikut kepala kan kite risau sikit sebab kepala baby kan masih lembut. So semua baju I beli semua ada button tengah :')
2. Sleep suits - beli lengan panjang laa even baby kena bedung punn
3. Mittens and booties - yang ni masa cuci baru perasan yang banyak gila I beli untuk baby. Sebab kalau pegi mana mana asal nampak comel je beli. Symptom mak mak camtu laa. Hehehe
4. Daywear outfits - ni I banyak beli baju lubang lubang. Cuaca kan panas kan.
5. Cotton hat - ni tak beli banyak sebab I ni childish, beanie/hat dia pun I nak beli yang ada telinga laa ape laa. Hahaha
Feeding
1. Bottle carrier - yang ni I tak beli lagi sebab dalam 3 bulan cuti bersalin I nak fully bf plus my husband kalau I nak beli kat mall tu mesti dia cakap benda tu macam kampung. Then nak letak dalam apa tah kalau macam tu. Haihh
2. Bottle warmer - yang ni I beli masa ada baby fair. Nak beli avent dalam RM300 plus so I beli brand Little Bean je. Beli home and car bottle warmer. I dapat RM60 je masa tu. Kat lazada pun RM89.90
3. Bottle brush, steriliser pun tak cari lagi
4. Breast pump
5. Breast milk storage bags - both item no 4 & 5 I beli package sekali dengan breast pump. I beli brand Autumnz je dulu. Lepas dah beli baru rasa nak beli Medela Swing tapinya dah beli kan yang Autumnz tu nak jual kat siapa pulak kann
Yang ni single pump. Ada manual and ade yang auto. Boleh google laa how it function. Tak boleh nak review lagi sebab belum guna kan. First thing yang I consider masa nak beli adalah sama ada it is a silent pump or not. So, I beli kat PumpOnTheGo JB then dapat semua ni, heatpack, bag, 6 storage bottles and pack for storage the milk. Doakan laa I mampu fully bf baby sampai 2 tahun in sha Allah
6. Breast pads
7. Nursing bra
Travel
1. Changing mat for travel - ni cari yang foldable. So senang nak bawa.
2. Nursing cover - ni KIV dulu
3. Nappy bag - ni beli yang backpack tu. Cari yang sesuai untuk husband bawa. Hehehe
4. Baby stroller, car seat and carrier - tengah usha brand Hauck ni. Hari hari cari peoples' review
Sleep
1. Bedung/napkin - bedung sekarang ni banyak sangat yang lawa lawa. Geram tengok. Ada jugak yang I beli husband cakap macam bedung hipster. Hahaha. Napkin I beli brand Pureen. 1 pack tu ada banyak. More than 10 pieces brand Pureen. Napkin ni boleh buat bedung juga kan.
2. Barut - yang ni pun banyak sangat cute cute. Tapi I beli sikit je. Ibu siap jumpa barut yang kiteorang punya dulu dulu. Elok lagi. So buat apa nak bazir bazir kan. Hee
3. Quilt/blankets
4. Kelambu - ni I beli yang siap tilam. Murah je. Beli kat lazada.
5. Mattress - yang ni beli kat kedai baby. Tak sampai RM100
Yang ni for Hospital Checklist/berpantang pulak:
For Mum
1. Kurma, air 100 plus/air zam zam - for energy
2. Kain batik
3. Stokin
4. Bengkung
5. Tukang urut
6. Set bersalin - yang ni macam try set Afiat
7. Shawl/tudung
8. Tungku - I beli kat baby expo brand Tanamera. Herbal Tungku katanya. Microweavable tauu. Haha
9. Medicare card/buku pink
10. Comfortable clothes for going home
11. Books/magazines
12. Support pillow
13. Massage oil/relaxation products
14. Towel & face cloth
15. Toiletries
16. Tissues
17. Underwear - decide nak beli yang disposable je senang
18. Maternity pads - cari yang ni. Dieorang kata bagus
19. Slipper
20. Sweater
21. Hospital bag - kengkonon nak beli Cath Kidston haritu tapi bila tengok tak muatnya lahh nak masukkan macam macam kan even dah asingkan bag baby lain. So kat brands outlet ada beg besar gabak ni RM19.90 je. Semua boleh sumbat. Hehehe.
For baby
1. Mittens and booties - I prepare 5 pairs
2. Beanie/hat - 1 untuk balik nanti
3. Bodysuits - yang macam baju tido panjang tu I bawa 1 helai
4. Singlet - yang daywear outfit tu I bawa 3 pasang
5. Baby blankets
6. Cotton wool balls
7. Baby wash - 1 set toiletries I masuk dalam bag kecil
8. Gentle wipes - I bawa 2 packet
9. Nappies - I bawa 10 keping
10. Nappy bag
Okayy tu je setakat ni. I dah prepare semua. Cuma bag untuk I ke hospital je masih belum siap packing. Bila fikir, nervousnya ya Allah. Tapi orang lain boleh takkan I tak boleh kan? I expected deliver on 24 September kalau ikut government tapi kalau ikut private I deliver on 30 September. So I akan ambik tarikh 30 September tu. Tak lama je lagi tu. Doakan semuanya dipermudahkan ye.
Thank you for reading this 'panjang berjela' entry.
xoxo
No comments:
Post a Comment