Thursday, October 13, 2016

Experience Bersalin Ceaser

Assalamualaikum hai readers. Okay harini hari ke 30 selepas I deliver my little angle. Yess of course I masih dalam pantang. Lagi 2 minggu baru merdeka. Oh lamanya!

So lets go through my journey during nak deliver tu. Kalau siapa yang follow I kat fb tau laa yang masa 35 weeks macam tu I start sakit kat miss v and perut. Sakit ya amat. Miss v macam mengembang. Nak bangun dari tidur nak gerak sangat sakit. I google dieorang cakap baby dah start nak masuk laluan tapi seriously memang tak larat. Masaa hari ketiga sakit tu I sakit sangat tak tahan and ajak husband pegi check and buat CTG. Masa tu first time check CTG. I check up kat private. Then dieorang cakap kalau I nak deliver masa 35 weeks tu dieorang tak terima kena refer hospital. Sudahh I memang taknak deliver kat hospital sebab dimomokkan dengan cerita yang macam macam kan. After 20 minutes buat CTG, nurse terus call doctor cakap patient ade slightly contraction. Eh I tak rasa macam contraction punn. Then nurse cakap I kena injection dexa untuk matangkan paru paru baby. So if baby lahir awal tiada apa apa komplikasi laa kat paru paru dia. Injection kiri dan kanan. After 8 ke 12 hours baru belah kanan. Mula mula kiri. I minta untuk balik sebab rumah dekat. Tak ready punn nak warded. 

Then esoknya inject sekali lagi. Nurse tanya semalam sakit kan kena inject. Eh I tak rase sakit punn. Sebab I banyak sangat baca doa nabi Yunus alhamdulillah tak sakit. Pagi tu jumpa doctor cakap I macam kena deliver awal sebab baby besar so I kena induce. So I dah ready mental untuk kena induce. Then buat weekly check up macam biasa sampai week 38. 

Supposed to be I check up hari Khamis. I dah ambik cuti awal sebab tak tahan sakit. So I dah stay dengan my parents sebab dekat nak deliver nanti. Husband je ulang alik. Memang drama laa kalau husband tak balik sebab I taknak orang lain bawa I pegi hospital kalau husband takde. Pagi Rabu I bangun solat subuh. Masa nak tahiyat akhir tu I rasa macam terkencing yang tak boleh tahan. Air tu keluar je laju menderu deru. I cakap dengan husband. Nampak laa muka husband panic. Husband cakap waterbag pecah dah tu. Ibu pun panic lagi laa I ade darah sikit. Sikit je laa, Tapi I tak rasa sakit. Siap siap nak pegi Johor Maternity Specialist Kluang. 

Sampai je nurse suruh baring atas katil nak check CTG. Air ketuban masih menderu laju. I jadi macam takpe ke basah basah ni. Habis skirt I. Then bila tengok CTG ade contraction sikit je. Dan nurse pun ambil glove nak buat VE. Pergh kena seluk dengan jari sakitnyaa. Pedih macam tu. Dah baca doa nabi yunus tu. Haihhh

Bila jumpa doctor scan sekali lagi doctor kata besar baby ni. Bila scan 3.4kg. Doc kata takpe kite zoom in supaya more accurate. Sekali dapat haaa 3.9kg. Doc kata jom kite discuss. Doc explain yang baby I category fat baby. Size kepala okay tapi badan besar. Doc suruh we all discuss macam mana. Boleh nak normal tapi 50-50. Doc takut sangkut kat bahu memandangkan I ni bersize kecil dan mempunyai pinggul yang kecil padahal pinggul ku sudah besar anak gajah dah ni. And lastly I dengan husband decide untuk czer.

Masa tu dalam pukul 11 pagi. I expected czer dalam pukul 5.00 petang. So start pagi tu I dah tak boleh makan minum. Masa tu haus sangat. So tahan je laa. Rasa biase je boleh tengok tv lagi sebab masa tu kiteorang ambik bilik single. Ada sofa untuk husband tido ade tv and toilet semua dalam bilik. Selesa laa.

Dalam pukul 4.40pm nurse datang suruh tukar baju untuk masuk dalam OT. Masa tu start nervous sikit. Then masuk labour room nurse masukkan tiub kencing. Allahu sakitnya. Masa ni husband tak boleh masuk temankan. Dahla masuk drip kat tangan tu pun I rasa sakit. Lepastu pundi kecing dah sakit sebab tak boleh kencing normal kann. 

Then doc bius start nak bius kat tulang belakang. Epidural kott tuu. Doc tu pandai psycho sebab sambil inject sambil dia tanya I itu ini. Mulut ni memang non stop selawat and baca doa nabi yunus tu sebab tu tak rasa sakit kott. Then bila dah bius doc suruh cuba angkat kaki. Masa tu dah hampir tak boleh angkat. Dia tanya puan, nak tido tak? Masa tu doc lain dah start letak penghalang besi tutup guna kain semua. I terus cakap "tidokan I doctor". Terus tak sedar apa.

I tersedar masa I dah kat katil ward balik. Masa tu ubat bius masih ade lagi. Husband bawa baby kat I. Tapi I masih mamai mamai kann. I tanya husband baby kita sempurna tak. Dia kata dia tak check. Sabar je laa. Hahaha. Husband cakap masa tu I mamai sangat so I tanya soalan sama banyak kali.

Dalam lepas maghrib macam tu nurse datang check dieorang cakap I bleeding banyak maybe sebab baby besar so die nak masukkan ubat kecutkan rahim. Nurse cakap memang sakit sikit. Mula mula macam pening mamai mamai jugak tapi lepastu ya Allah sakit tak terperi kat rahim. Sakittt sangattt. I cakap kat husband macam merintih " Sayang sakit" sambil nangis sebab memang sakit.I ingat mati je masa tu. Husband cakap sabar laa. Sayang tido ye. Memang sayu sangat rasa tengah taip ni pun tengah nangis. I pegang je tangan husband. Husband memang ada dengan I all the time. Sebab tu I fikir yang siapa bersalin kat hospital kerajaan memang seorang ibu yang kuat dan tabah sebab semua kena buat sendiri. Sorang sorang takde orang temankan. Takpela kiteorang spent duit sikit tapi husband boleh temankan I yang lembik ni. Sakit tu dalam 3 ke 4 jam jugak laa. Husband yang teman pun macam tido tido ayam. I ni sepanjang sakit tu memang mengalir je air mata. 

Bila sakit tu dah hilang I cuba lawan bius yang masih ada sebab badan separuh atas dah okay. Tapi kaki semua tak boleh angkat. I lawan cuba angkat jugak. Ada juga minta husband and ibu tolong picit picitkan. I tak tido sangat pun malam tu. Hati ni rasa macam teringinnya nak tengok baby lagi. Tapi dah malam kan. I pun tak cuba bangun lagi. Malam tu nurse tak bagi tidur pakai bantal. Nurse cakap nanti sakit kepala. Esok baru boleh pakai bantal.

Esok pagi tu nurse dah cabut urine tiub tu. Itu bermakna I kena bangun pegi toilet sendiri. Haa masa ni laa rase sakitnya ya tuhan. Masa nak kencing tu pedih gila effect daripada tiub kencing tuu. Dalam 3 minggu juga laa baru rasa macam kencing normal. Tapi masih rasa trauma kena masuk tiub tu. Huhu. Lepastu susahnya nak bangun. Tak tau nak gayakan macam mana nak bangun tuu. Dengan I rasa tangan yang kena cucuk drip tu macam tak function sebab I rasa sakit. Husband memang orang sangattt membantu. Plus husband ada experience kena operate apendix. So husband intsruct mana nak gerakkan dulu kaki ke badan ke. Husband did everything for me. Malam tu husband cuma tido tido ayam sebab takut I perlukan apa apa kan. I memang tak selesa nak minta tolong nurse. Lagi prefer husband laa kann.

I minta balik on the second day tapi memang tak lepas laa kan sebab belum 24 jam kan. Nasib baik ada tv ade husband. Pagi pagi tu I minta husband bawakan baby. I nak tengok baby 3.8kg I tu. Hehehehe



Ha memang tembam sampai tak muat bedung terkeluar bahu. Mula mula tengok macam anak cina baby I ni. Kikiki

Bila husband balik rumah kejap nak mandi makan semua I sorang kan masa tu rasa sayu rasa macam orang sakit takde upaya. Over betul I ni. Huhu


Tu sofa yang husband tido selama 2 malam. Masa ni rasa sayang sangat kat husband. Memang infinity. 

Husband pakaikan stokin, husband mandikan, ambikkan air, tolong masa nak tukar pad everything! Husband tanya nanti kalau abang sakit sayang buat macam ni tak. Nak nangis sangat masa tu sebab I tak tau I mampu tak buat sebaik husband buat untuk I. Yang pasti I akan jaga husband macam ni juga kalau husband sakit. Tapi in sha Allah husband akan sihat hendaknya.

Bila czer ni nak bangun kena ampu perut. Boleh je jalan kangkang sebab jahitnya kat perut kan tapi still kena jalan perlahan. Kena pakai bengkung untuk ampu perut tu. Nak batuk, bersin, ketawa semua terbatas. Adik adik I datang boleh buat kelakar pulak. I merayu cakap pleasee jangan buat lawak sebab I tak boleh nak gelak. Dieorang kalau buat lawak je cepat cepat tutup mulut. Hahaha. 

Masa sakit ni rasa semua orang sayang and concern. Tapi I memang taknak jadi lembik lembik. Masa minggu kedua I dah nak cuba mandi sendiri. Kesian husband nak basuh baju baby lagi, nak mandikan baby nak tolong ibu masak lauk pantang I lagi. So I taknak susahkan husband lagi sebab he did a lot.


Our first family portrait gittew. My love toward both of you is infinity. Allah je tau macam mana sayang, sayang kat abang and sayang mama kat Arissa.



Our little angle Arissa Nur Mikayla binti Yaacub Zaki :)

Semoga I terus jadi seorang isteri yang baik, mama yang terbaik untuk our princess dan moga Allah sentiasa lindungi keluarga kecil ini. Thanks pada yang doakan keselamatan kedua dua kami. Moga Allah merahmati kalian juga.

 xoxo


No comments:

Post a Comment