Thursday, October 13, 2016

Experience Bersalin Ceaser

Assalamualaikum hai readers. Okay harini hari ke 30 selepas I deliver my little angle. Yess of course I masih dalam pantang. Lagi 2 minggu baru merdeka. Oh lamanya!

So lets go through my journey during nak deliver tu. Kalau siapa yang follow I kat fb tau laa yang masa 35 weeks macam tu I start sakit kat miss v and perut. Sakit ya amat. Miss v macam mengembang. Nak bangun dari tidur nak gerak sangat sakit. I google dieorang cakap baby dah start nak masuk laluan tapi seriously memang tak larat. Masaa hari ketiga sakit tu I sakit sangat tak tahan and ajak husband pegi check and buat CTG. Masa tu first time check CTG. I check up kat private. Then dieorang cakap kalau I nak deliver masa 35 weeks tu dieorang tak terima kena refer hospital. Sudahh I memang taknak deliver kat hospital sebab dimomokkan dengan cerita yang macam macam kan. After 20 minutes buat CTG, nurse terus call doctor cakap patient ade slightly contraction. Eh I tak rasa macam contraction punn. Then nurse cakap I kena injection dexa untuk matangkan paru paru baby. So if baby lahir awal tiada apa apa komplikasi laa kat paru paru dia. Injection kiri dan kanan. After 8 ke 12 hours baru belah kanan. Mula mula kiri. I minta untuk balik sebab rumah dekat. Tak ready punn nak warded. 

Then esoknya inject sekali lagi. Nurse tanya semalam sakit kan kena inject. Eh I tak rase sakit punn. Sebab I banyak sangat baca doa nabi Yunus alhamdulillah tak sakit. Pagi tu jumpa doctor cakap I macam kena deliver awal sebab baby besar so I kena induce. So I dah ready mental untuk kena induce. Then buat weekly check up macam biasa sampai week 38. 

Supposed to be I check up hari Khamis. I dah ambik cuti awal sebab tak tahan sakit. So I dah stay dengan my parents sebab dekat nak deliver nanti. Husband je ulang alik. Memang drama laa kalau husband tak balik sebab I taknak orang lain bawa I pegi hospital kalau husband takde. Pagi Rabu I bangun solat subuh. Masa nak tahiyat akhir tu I rasa macam terkencing yang tak boleh tahan. Air tu keluar je laju menderu deru. I cakap dengan husband. Nampak laa muka husband panic. Husband cakap waterbag pecah dah tu. Ibu pun panic lagi laa I ade darah sikit. Sikit je laa, Tapi I tak rasa sakit. Siap siap nak pegi Johor Maternity Specialist Kluang. 

Sampai je nurse suruh baring atas katil nak check CTG. Air ketuban masih menderu laju. I jadi macam takpe ke basah basah ni. Habis skirt I. Then bila tengok CTG ade contraction sikit je. Dan nurse pun ambil glove nak buat VE. Pergh kena seluk dengan jari sakitnyaa. Pedih macam tu. Dah baca doa nabi yunus tu. Haihhh

Bila jumpa doctor scan sekali lagi doctor kata besar baby ni. Bila scan 3.4kg. Doc kata takpe kite zoom in supaya more accurate. Sekali dapat haaa 3.9kg. Doc kata jom kite discuss. Doc explain yang baby I category fat baby. Size kepala okay tapi badan besar. Doc suruh we all discuss macam mana. Boleh nak normal tapi 50-50. Doc takut sangkut kat bahu memandangkan I ni bersize kecil dan mempunyai pinggul yang kecil padahal pinggul ku sudah besar anak gajah dah ni. And lastly I dengan husband decide untuk czer.

Masa tu dalam pukul 11 pagi. I expected czer dalam pukul 5.00 petang. So start pagi tu I dah tak boleh makan minum. Masa tu haus sangat. So tahan je laa. Rasa biase je boleh tengok tv lagi sebab masa tu kiteorang ambik bilik single. Ada sofa untuk husband tido ade tv and toilet semua dalam bilik. Selesa laa.

Dalam pukul 4.40pm nurse datang suruh tukar baju untuk masuk dalam OT. Masa tu start nervous sikit. Then masuk labour room nurse masukkan tiub kencing. Allahu sakitnya. Masa ni husband tak boleh masuk temankan. Dahla masuk drip kat tangan tu pun I rasa sakit. Lepastu pundi kecing dah sakit sebab tak boleh kencing normal kann. 

Then doc bius start nak bius kat tulang belakang. Epidural kott tuu. Doc tu pandai psycho sebab sambil inject sambil dia tanya I itu ini. Mulut ni memang non stop selawat and baca doa nabi yunus tu sebab tu tak rasa sakit kott. Then bila dah bius doc suruh cuba angkat kaki. Masa tu dah hampir tak boleh angkat. Dia tanya puan, nak tido tak? Masa tu doc lain dah start letak penghalang besi tutup guna kain semua. I terus cakap "tidokan I doctor". Terus tak sedar apa.

I tersedar masa I dah kat katil ward balik. Masa tu ubat bius masih ade lagi. Husband bawa baby kat I. Tapi I masih mamai mamai kann. I tanya husband baby kita sempurna tak. Dia kata dia tak check. Sabar je laa. Hahaha. Husband cakap masa tu I mamai sangat so I tanya soalan sama banyak kali.

Dalam lepas maghrib macam tu nurse datang check dieorang cakap I bleeding banyak maybe sebab baby besar so die nak masukkan ubat kecutkan rahim. Nurse cakap memang sakit sikit. Mula mula macam pening mamai mamai jugak tapi lepastu ya Allah sakit tak terperi kat rahim. Sakittt sangattt. I cakap kat husband macam merintih " Sayang sakit" sambil nangis sebab memang sakit.I ingat mati je masa tu. Husband cakap sabar laa. Sayang tido ye. Memang sayu sangat rasa tengah taip ni pun tengah nangis. I pegang je tangan husband. Husband memang ada dengan I all the time. Sebab tu I fikir yang siapa bersalin kat hospital kerajaan memang seorang ibu yang kuat dan tabah sebab semua kena buat sendiri. Sorang sorang takde orang temankan. Takpela kiteorang spent duit sikit tapi husband boleh temankan I yang lembik ni. Sakit tu dalam 3 ke 4 jam jugak laa. Husband yang teman pun macam tido tido ayam. I ni sepanjang sakit tu memang mengalir je air mata. 

Bila sakit tu dah hilang I cuba lawan bius yang masih ada sebab badan separuh atas dah okay. Tapi kaki semua tak boleh angkat. I lawan cuba angkat jugak. Ada juga minta husband and ibu tolong picit picitkan. I tak tido sangat pun malam tu. Hati ni rasa macam teringinnya nak tengok baby lagi. Tapi dah malam kan. I pun tak cuba bangun lagi. Malam tu nurse tak bagi tidur pakai bantal. Nurse cakap nanti sakit kepala. Esok baru boleh pakai bantal.

Esok pagi tu nurse dah cabut urine tiub tu. Itu bermakna I kena bangun pegi toilet sendiri. Haa masa ni laa rase sakitnya ya tuhan. Masa nak kencing tu pedih gila effect daripada tiub kencing tuu. Dalam 3 minggu juga laa baru rasa macam kencing normal. Tapi masih rasa trauma kena masuk tiub tu. Huhu. Lepastu susahnya nak bangun. Tak tau nak gayakan macam mana nak bangun tuu. Dengan I rasa tangan yang kena cucuk drip tu macam tak function sebab I rasa sakit. Husband memang orang sangattt membantu. Plus husband ada experience kena operate apendix. So husband intsruct mana nak gerakkan dulu kaki ke badan ke. Husband did everything for me. Malam tu husband cuma tido tido ayam sebab takut I perlukan apa apa kan. I memang tak selesa nak minta tolong nurse. Lagi prefer husband laa kann.

I minta balik on the second day tapi memang tak lepas laa kan sebab belum 24 jam kan. Nasib baik ada tv ade husband. Pagi pagi tu I minta husband bawakan baby. I nak tengok baby 3.8kg I tu. Hehehehe



Ha memang tembam sampai tak muat bedung terkeluar bahu. Mula mula tengok macam anak cina baby I ni. Kikiki

Bila husband balik rumah kejap nak mandi makan semua I sorang kan masa tu rasa sayu rasa macam orang sakit takde upaya. Over betul I ni. Huhu


Tu sofa yang husband tido selama 2 malam. Masa ni rasa sayang sangat kat husband. Memang infinity. 

Husband pakaikan stokin, husband mandikan, ambikkan air, tolong masa nak tukar pad everything! Husband tanya nanti kalau abang sakit sayang buat macam ni tak. Nak nangis sangat masa tu sebab I tak tau I mampu tak buat sebaik husband buat untuk I. Yang pasti I akan jaga husband macam ni juga kalau husband sakit. Tapi in sha Allah husband akan sihat hendaknya.

Bila czer ni nak bangun kena ampu perut. Boleh je jalan kangkang sebab jahitnya kat perut kan tapi still kena jalan perlahan. Kena pakai bengkung untuk ampu perut tu. Nak batuk, bersin, ketawa semua terbatas. Adik adik I datang boleh buat kelakar pulak. I merayu cakap pleasee jangan buat lawak sebab I tak boleh nak gelak. Dieorang kalau buat lawak je cepat cepat tutup mulut. Hahaha. 

Masa sakit ni rasa semua orang sayang and concern. Tapi I memang taknak jadi lembik lembik. Masa minggu kedua I dah nak cuba mandi sendiri. Kesian husband nak basuh baju baby lagi, nak mandikan baby nak tolong ibu masak lauk pantang I lagi. So I taknak susahkan husband lagi sebab he did a lot.


Our first family portrait gittew. My love toward both of you is infinity. Allah je tau macam mana sayang, sayang kat abang and sayang mama kat Arissa.



Our little angle Arissa Nur Mikayla binti Yaacub Zaki :)

Semoga I terus jadi seorang isteri yang baik, mama yang terbaik untuk our princess dan moga Allah sentiasa lindungi keluarga kecil ini. Thanks pada yang doakan keselamatan kedua dua kami. Moga Allah merahmati kalian juga.

 xoxo


Saturday, August 6, 2016

Checklist Keperluan Baby (Newborn)

Assalamualaikum and hi readers. First of all nak minta maaf kalau ada yang tak suka dengan  post post I pasal what I ve bought or done for my baby. Biase laa first baby memang excited lebih. Benda benda macam social media ni, kalau rasa mendatangkan keburukan dan negative vibes, dipersilakan unfollow. Tu je. Everyone have their own privacy. Social media pun takkan kau nak control kott. Pleasee. Okay okay tak baik betul mulakan dengan benda benda yang tak baik ni kannn. Lets start. Bismillah.

First sekali I cari apps 'Baby Checklist' kat phone. Mulanya I tulis eh kat buku. Memang gigih. Then bila fikir balik takkan nanti nak pegi shopping mall ke baby expo ke nak bawa buku tu kann. So gigih lai cari apps. And jumpa punn yang ni. 'Baby Checklist' yang ada gamba Flamingo tu (ye ye je flamingo. Hahahaha)


Apps tu sangat bagus bagi I. Kite list out segala benda tapi at the same time apps tu pun ade list out what should have in our list. Kalau rasa perlu, keep remain in the list. Kalau tak perlu, boleh delete and boleh add on juga :) Bukan untuk baby je tauu. Tapi untuk mom sekali. Lets check it out.

See. Kat atas tu. Ada tab 'hospital checklist' and 'baby checklist'. Hospital checklist will list out what should prepare for mum and baby :')


Below baby checklist, apps akan list out segala benda kat atas ni. Siap ikut category. I like. Sebabnya I kan jenis yang full prepare. So list ni sangat membantu supaya tak tertinggal one single thing :)



Below hygine section. So, kalau dah ada boleh click right tuu. Then dia akan cross that thing. Means it done!

This one for hospital checklist for baby and mum.



So im done with the apps yang sangat helpful. Teheee. Jom start dengan what should we have for our baby in detail. I kan masa 3 months pregnant dah start kumpul sikit sikit. Orang kata tak baik buat preparation awal awal. Tapi kite kan plan Allah yang tentukan. Banyakkan berdoa.

Bila ade baby expo je confirm I akan ajak husband pegi. Lantak laa masa tu orang tak nampak baby bump lagi tapi masa tu tengah energetic. Kalau dah 7 bulan baru nak pegi, rasa nak meletop tumit kaki ni haa. Memang I rase good plan laa pegi awal-awal.


Ni antara yang memang banyak I grab kat baby expo. Paling mahal pun baju baby sepasang RM18. Memang beli 4-5 helai teruss. Hehehe. So, I shortlist ikut category ye.

Hygine

1. Bath tub baby - yang ni I beli kat Ikea memang murah plus besar. Beli sekali dengan stools

2. Herbal cream tropika - ni suggestion dari my friend. Dia kata ni item MUST HAVE. Nak cari benda ni pun kemain susah. Asyik habis je. I dapat dalam RM28 je instead kat baby expo pun RM35. Dah cuba kat husband memang tak panas. Bau nya best sebab ada minyak kayu putih. Tak sabar nak sapu kat baby nanti. Hee


3. Baby toiletries - ni beli satu set terus brand Johnsons. Dalam RM35 plus. I beli yang bedtime.

4. Sponge & face cloth

5. Baby towels - cari yang betul betul serap air. Kalau tak, nanti kesian baby kena ruam ruam sebab confirm yang tak serap air tu material nya kasar sikit.

6. Non slip bath mat

7. Baby brush & comb - ni pun I beriye cari yang elok sebab nak brush betul betul lembut

8. Baby nail scissors - belum beli lagi.

9. Cotton balls - ni pun cari yang tebal sebab nanti nak lap bila baby poo poo kan

10. Nappy cream - ni nanti suruh daddy dia cari kalau dia ruam ke

11. Nappy wipes - ni memang standby banyak. Selalu kat baby expo memang murah. 3 packet RM10 macam tu

12. Nappies - ni pun I banyak search kat blog mana yang baik untuk baby. So I pilih Mamy Poko. Beli kat Aeon Big masa tu 1 pack RM25. I terus ambik 4 pack. Kalau kulit baby tak serasi, boleh sedekah kat orang lain kann.

Clothes

1. Baju jalan jalan - ni memang I beli banyak sampai tak larat nak cuci. I banyak beli brand carters. Kalau baby ni nak beli rompers, beli yang ada button tengah so senang nak masukkan tangan dia. Kalau beli button bawah je kena masukkan ikut kepala kan kite risau sikit sebab kepala baby kan masih lembut. So semua baju I beli semua ada button tengah :')

2. Sleep suits - beli lengan panjang laa even baby kena bedung punn

3. Mittens and booties - yang ni masa cuci baru perasan yang banyak gila I beli untuk baby. Sebab kalau pegi mana mana asal nampak comel je beli. Symptom mak mak camtu laa. Hehehe

4. Daywear outfits - ni I banyak beli baju lubang lubang. Cuaca kan panas kan.

5. Cotton hat - ni tak beli banyak sebab I ni childish, beanie/hat dia pun I nak beli yang ada telinga laa ape laa. Hahaha

Feeding

1. Bottle carrier - yang ni I tak beli lagi sebab dalam 3 bulan cuti bersalin I nak fully bf plus my husband kalau I nak beli kat mall tu mesti dia cakap benda tu macam kampung. Then nak letak dalam apa tah kalau macam tu. Haihh

2. Bottle warmer - yang ni I beli masa ada baby fair. Nak beli avent dalam RM300 plus so I beli brand Little Bean je. Beli home and car bottle warmer. I dapat RM60 je masa tu. Kat lazada pun RM89.90

3. Bottle brush, steriliser pun tak cari lagi

4. Breast pump

5. Breast milk storage bags - both item no 4 & 5 I beli package sekali dengan breast pump. I beli brand Autumnz je dulu. Lepas dah beli baru rasa nak beli Medela Swing tapinya dah beli kan yang Autumnz tu nak jual kat siapa pulak kann



Yang ni single pump. Ada manual and ade yang auto. Boleh google laa how it function. Tak boleh nak review lagi sebab belum guna kan. First thing yang I consider masa nak beli adalah sama ada it is a silent pump or not. So, I beli kat PumpOnTheGo JB then dapat semua ni, heatpack, bag, 6 storage bottles and pack for storage the milk. Doakan laa I mampu fully bf baby sampai 2 tahun in sha Allah

6. Breast pads

7. Nursing bra

Travel

1. Changing mat for travel - ni cari yang foldable. So senang nak bawa.

2. Nursing cover - ni KIV dulu

3. Nappy bag - ni beli yang backpack tu. Cari yang sesuai untuk husband bawa. Hehehe

4. Baby stroller, car seat and carrier - tengah usha brand Hauck ni. Hari hari cari peoples' review

Sleep

1. Bedung/napkin - bedung sekarang ni banyak sangat yang lawa lawa. Geram tengok. Ada jugak yang I beli husband cakap macam bedung hipster. Hahaha. Napkin I beli brand Pureen. 1 pack tu ada banyak. More than 10 pieces brand Pureen. Napkin ni boleh buat bedung juga kan.

2. Barut - yang ni pun banyak sangat cute cute. Tapi I beli sikit je. Ibu siap jumpa barut yang kiteorang punya dulu dulu. Elok lagi. So buat apa nak bazir bazir kan. Hee

3. Quilt/blankets

4. Kelambu - ni I beli yang siap tilam. Murah je. Beli kat lazada.

5. Mattress - yang ni beli kat kedai baby. Tak sampai RM100

Yang ni for Hospital Checklist/berpantang pulak:

For Mum

1. Kurma, air 100 plus/air zam zam - for energy

2. Kain batik

3. Stokin

4. Bengkung

5. Tukang urut

6. Set bersalin - yang ni macam try set Afiat

7. Shawl/tudung

8. Tungku - I beli kat baby expo brand Tanamera. Herbal Tungku katanya. Microweavable tauu. Haha


9. Medicare card/buku pink

10. Comfortable clothes for going home

11. Books/magazines

12. Support pillow

13. Massage oil/relaxation products

14. Towel & face cloth

15. Toiletries

16. Tissues

17. Underwear - decide nak beli yang disposable je senang

18. Maternity pads - cari yang ni. Dieorang kata bagus


19. Slipper

20. Sweater

21. Hospital bag - kengkonon nak beli Cath Kidston haritu tapi bila tengok tak muatnya lahh nak masukkan macam macam kan even dah asingkan bag baby lain. So kat brands outlet ada beg besar gabak ni RM19.90 je. Semua boleh sumbat. Hehehe.


For baby

1. Mittens and booties - I prepare 5 pairs

2. Beanie/hat - 1 untuk balik nanti

3. Bodysuits - yang macam baju tido panjang tu I bawa 1 helai

4. Singlet - yang daywear outfit tu I bawa 3 pasang

5. Baby blankets

6. Cotton wool balls

7. Baby wash - 1 set toiletries I masuk dalam bag kecil

8. Gentle wipes - I bawa 2 packet

9. Nappies - I bawa 10 keping

10. Nappy bag

Okayy tu je setakat ni. I dah prepare semua. Cuma bag untuk I ke hospital je masih belum siap packing. Bila fikir, nervousnya ya Allah. Tapi orang lain boleh takkan I tak boleh kan? I expected deliver on 24 September kalau ikut government tapi kalau ikut private I deliver on 30 September. So I akan ambik tarikh 30 September tu. Tak lama je lagi tu. Doakan semuanya dipermudahkan ye.

Thank you for reading this 'panjang berjela' entry.

xoxo



Thursday, June 2, 2016

#tashapregnancyjourney

Assalamualaikum readers. Bismillah to my new phase in life. Actually memang nak sangat baby cepat cepat sebab husband dah 30+ kan. Kikiki. So memang takde laa istilah nak honeymoon ke ape dulu. Lagipun tak elok kan plan. Sebab tu semua kan rezeki.

Then lepas kahwin, I period dalam 2 kali macam tu. Bila period mesti frust sebab sebenarnya kiteorang mengharap sangat dapat baby cepat cepat. Sampai kan satu office tau and dieorang ada buat potluck masa tu and doakan I pregnant cepat. Then, kakak office ada cakap nanti masa first day period tu pegi urut untuk betulkan semula rahim. And I memang ambik folic acid since lepas kahwin. Makan hari hari without fail.

Lepas je habis period masa  tu rasa sakit kat bahagian perut ke ari ari ke (tak tau nak describe kat mana sakit tu) belah kanan. Sakit macam ngilu pedih pedih macam orang picit. Dalam 2,3 hari jugak. Lepastu sakit belah kiri jugak. Search kat internet dieorang kata tanda tanda pregnant, Tapi serious macam taknak mengharap. Betul kalau kita mengharap nanti kalau takde mesti kite yang sedih kan? T___T

Then dalam 1 week macam tu rasa sakit tu then husband cakap pegi beli pregnancy test. Risau masa buat pregnancy test. Sebab taknak kecewa even hati dah redha kalau takde. Biase laa even redha pun kite mesti ada sekelumit  harapan kan. Buat upt waktu petang masa tu. Masa tu mengantuk sangat. Lepas buat upt, tengok 10 saat benda tu gerak keluar 1 line je, Terus campak atas almari lepastu tido. Then setengah jam kemudian, husband masuk bilik bagi balik upt and bila tengok


Terus google. Okay makcik google cakap kalau dah setengah jam means tak valid. Okay memang TAK pregnant. Sebab kan baru lepas period kan, takkan laa pregnant kan (cetek ilmu masa ni).

Sakit tu masih ada. Tanya semua doctor yang ade relatives, adik ipar, ika, ma kat campus. Semua cakap first mesti doc detect pregnant then baru comes to kencing kotor.

Lepastu beli lagi UPT yang mahal sikit yang kengkonon boleh detect pregnant on early period. Maksudnya boleh detect sebelum tarikh sepatutnya kita period. Test sekali masa tu kat office. Okay memang keluar line kedua. Kali ni tak sampai 10 second walaupun fine line.Husband kebetulan meeting dengan dengan office then dia senyum senyum. Tapi I biasa laa perempuan of course laa masih tak percaya. So UPT ada lagi 1. I buat lagi esok pagi tu lepas subuh sebab tu paling valid laa orang kata. Then, tadaaaa


Masih fine line sebenarnya tapi lebih terang. Actually I ada kumpulkan 3 UPT siap letak tarikh masa, unfortunately gambar kat phone terdelete.

So decide lepas je waktu sepatutnya period, baru pegi check up kat clinic. Then, cerita semua kat doctor, tunjuk UPT, then doc kata what can I say memang pregnant laa. Doc ni tak semangat betul. I and husband imagine yang doc cakap "Tahniah, awak disahkan hamil" Pengaruh drama sangat kann.

Doc suruh datang lagi 3 weeks after that untuk scan. Tapi kiteorang tak pegi clinic yang sama sebab doc macam tak bagi positive vibes kat ibu mengandung ni. So pegi doc yang semangat sikit. And here it is our baby



Masa ni masih seketul darah lagi. This time ya tuhan I dah start mabuk teruk. Tak boleh tengok mi goreng kuey tiaw goreng. Bau semua tak boleh. Makan memang susah. Makan muntah. Tapi bila muntah, husband paksa makan jugak even sikit pun sebab kesian kat baby nanti lapar. So I mabuk tak sampai deyhdrate. Alhamdulillah. 3 months after scan lagi our baby dah ada bentuk dah. Comel!

Siap nampak tangan terkapai-kapai. Hehehe

Dekat 5 bulan macam tu I tak boleh masuk dapur, pemalas tahap gaban. Sebelum ni I tak boleh tengok toilet kotor, lantai kotor mesti nak sapu nak mop nak kutip rambut. Mesti nak pegang penyapu 1 hari tu. Tapi bila pregnant semua I taknak buat. Rasa nak muntah kalau buat. Hahahaha

I selalu mengidam buah buahan yang susah sikit nak cari tapi alhamdulillah semua yang I teringin semua dapat. Yang paling sedap buah kundang! Manis! Tak kisah laa mahal macam mana pun yang penting sedappp.


 Peach first thing yang I craving. Ya Allah rasa nak nangis bila makan ni. Tapi bila tanya sekarang I rase nak muntah. Hahahha


 Buah kundang. Manis ya amat.


Then bila dah start selera makan dah okay balik, rasa nak muntah pun tinggal sikit sikit je, I craving benda manis manis macam ni. Ya Allah heaven gile kalau dapat semua ni. Hahahha

Last week check, baby I sepatutnya 500gm je tapi lebih muatan dah 664gm. Almost 200gm overweight. Doc suruh I kurangkan makan nasi and makan manis waktu malam sebab takut baby obese. Habis macam mana kan dah mama craving. Hahaha. And we already know our baby gender. Wahh! Nanti kite masuk entry list new born k k k. 

Semoga Allah mudahkan semua urusan semasa mengandung lagi 3 bulan ni and proses bersalin nanti.

xoxo

Monday, May 30, 2016

Honeymoon

Assalam readers. Sambung lagi entry masih phase lepas kahwin yang rasa indahnya ya Allah. Nikmat Tuhanmu yang mana ingin ku dustakan. :')

One week after settle majlis bertandang semua, kebetulan husband ada bengkel kat Concorde Inn KLIA. So tu laa first honeymoon kiteorang. Of course laa iolss kena ikut kan. Hehehe




Bilik biase biase je tapi makan best. Bab makan makan ni memang serah padaku. Hehehe. Second night tu ada bbq. Mashed potato kat situ sedapnya ya Tuhan. Kecur kalau ingat. Cuma path nak pegi ke bilik bilik jauh sangat. Macam hospital pun ada sebab banyak tiang tiang. Rasa insecure pun ada sebab tak ramai orang. Nasib baik kiteorang satu faculty memang dapat 1 bilik yang sama wing. So takdela takut sangat. Heee

Next week tu kiteorang honeymoon lagi kat Grand Lexis Port Dickson. I pernah pegi Grand Lexis ni sekali dengan family dulu and tau laa macam mana service nya. Hotel memang lawa sebab ada pool dalam bilik kan tapi nak check in sangatlahh lambat. Boleh check in dalam pukul 3 tapi queue panjang nauzubillah. Bila dah nak check in, tak boleh masuk bilik lagi kena tunggu. Pukul 5 baru boleh check in. Rugi 2 jam!

Actually, kan ada pool dalam bilik so orang check out lambat. Then dieorang pun perlukan masa nak clearkan bilik, nak letak chlorine dalam pool. Faham tapi they should improve la kan.

Masa pegi tu adalah packej honeymoon. Dah imagine dah kalau packej honeymoon mesti ada angsa atas katil. Kahkah



 Takde punn weh angsa atas katil. Hahahaha. Ada banyak rose petals je. Heee 


Weigh scale pun ade tauu. Tau kau makan banyak lepas tu ha sedar laa diri kat situ. Hahaha. Deco bilik dia memang I in love since first time pegi dengan family masa tu. Masa tu berangan jugak kalau dapat honeymoon sini pun best jugak. Alhamdulillah memang Allah makbulkan.

 Lepastu complimentary macam shampoo segala macam tu semua best. Teh dia semua yang ada flavour. Memang fefeeling minum teh tepi kolam laa masa tu. Hahaha. Gambar banyak takde sebab terdelete semua gambar dalam phone. Tsk T___T


Kalau nak keluar kiteorang kena call buggy sebab nak jalan ke lobby macam nak makan ke apa jauh. Masa pagi je lepas breakfast kiteorang jalan balik bilik. Exercise sikit.



Malam tu kiteorang ada candle light dinner. Cakap kat husband nanti candle light dinner kite pakai baju putih tauu tauu. Hehehehe

So far, makanan kat sini memang sedap. Appetizer dapat garlic bread and mushroom soup memang favourite iolss. Hehehe. Satu je I tak makan masa tu adalah smokey salmon sebab salmon tu memang halfcook so I macam loya. Salmon tu memang favourite husband.



Then nak balik tu I request nak bawa balik balloon tu. Hahahaha


Masa tengah tunggu buggy pick up kiteorang. :)


Then hari nak balik tu lepas breakfast kiteorang jalan jalan area hotel semua. Lighting lawa sangat kalau nak ambik gambar tapi sebab semua gamba dah terdelete kan. Ambience kat situ memang tenang dan damai. Memang sesuai nak hoenymoon :p

Okayy laa doakan kami hingga syurga Illahi. Lepasni macam teringin nak try kat Hibiscus pulak laa. Hahaha :D


xoxo

Thursday, May 26, 2016

Part 3 : Majlis Bertandang | Natasha Amerludin & Yaacub Zaki

Assalamualaikum readers. Bila rasa nak pitam masa kat office je terus relax badan and taip entry supaya lebih relax. Bukanlah banyak masa sangat pun masa kat office tapi sebab bila nak pitam, doctor suruh relax and cari benda yang boleh boost up mood balik. So ambil keputusan, tulis entry. Bismillah. Entry last laa kott pasal wedding ni. Nanti kite masuk phase lain pulak ye. Kikiki

Fyi, my husband orang Johor jugak. Orang Muo. So, majlis kali ni buat rumah parents husband je. Berbeza dengan my wedding yang mana semua upah orang. Tapi husband side semua buat sendiri. Masak semuanya sendiri. Ecehh. 

Kompang pun di kalangan family jugak. Budak budak kecik yang kompangkan which dieorang husband's cousin.

On that day, pilih colour navy blue camtu laa. 



Masa wedding tu majlis kiteroang dua pasangan sekali. Dengan adik husband sekali. Dieorang dah nikah masa bulan August 2015 masa tu. Then ni baru majlis bertandang. Dieorang pakai pink. Ni hiasan main table semua ni kawan kawan husband yang buat tauu. Lauk makan pengantin pun family husband masak sendiri. Haihh versatile betul! 






Dengan budak zapin :')



Pelamin letopss ni adalah idea dan sentuhan daripada kawan kawan baik husband dengan pertolongan bff dieorang kat sarawak. Sanggup bawak jurai jurai bling bling ni naik flight. Boleh search YetnuqTheMagicTouch.




Yang ni best. Main baling gula gula. Seronok bila tengok orang seronok masa hari bahagia kite :')










My family. Love you all so much!

























Wedding dress letops ala ala merak ni from Kak Lin. Yang area Melaka boleh laa usha usha. Serious banyak sangat baju cantik cantik. Masa fitting tak sekurus macam ni. 1 hour sebelum nak start majlis, sarung baju, Allahu longgar gile. Husband rushing pegi beli jarum benang bagai nak jahit balik. Kurusnya iolss masa ni. Tsk T____T


Makeup pulak I ambik dengan Kak Liza. Lawa jugak okayyy. Yang area Melaka pun boleh cari Kak Liza.



Sekian majlis raja sehari fefeeling princess merak on that day. Rasa nak ulang hari kahwin ni balik tauu. Penat tapi rasa bahagia. Moga bahagia ini hingga ke syurga Illahi in sha Allah. Doakan kami.

xoxo