Thursday, June 2, 2016

#tashapregnancyjourney

Assalamualaikum readers. Bismillah to my new phase in life. Actually memang nak sangat baby cepat cepat sebab husband dah 30+ kan. Kikiki. So memang takde laa istilah nak honeymoon ke ape dulu. Lagipun tak elok kan plan. Sebab tu semua kan rezeki.

Then lepas kahwin, I period dalam 2 kali macam tu. Bila period mesti frust sebab sebenarnya kiteorang mengharap sangat dapat baby cepat cepat. Sampai kan satu office tau and dieorang ada buat potluck masa tu and doakan I pregnant cepat. Then, kakak office ada cakap nanti masa first day period tu pegi urut untuk betulkan semula rahim. And I memang ambik folic acid since lepas kahwin. Makan hari hari without fail.

Lepas je habis period masa  tu rasa sakit kat bahagian perut ke ari ari ke (tak tau nak describe kat mana sakit tu) belah kanan. Sakit macam ngilu pedih pedih macam orang picit. Dalam 2,3 hari jugak. Lepastu sakit belah kiri jugak. Search kat internet dieorang kata tanda tanda pregnant, Tapi serious macam taknak mengharap. Betul kalau kita mengharap nanti kalau takde mesti kite yang sedih kan? T___T

Then dalam 1 week macam tu rasa sakit tu then husband cakap pegi beli pregnancy test. Risau masa buat pregnancy test. Sebab taknak kecewa even hati dah redha kalau takde. Biase laa even redha pun kite mesti ada sekelumit  harapan kan. Buat upt waktu petang masa tu. Masa tu mengantuk sangat. Lepas buat upt, tengok 10 saat benda tu gerak keluar 1 line je, Terus campak atas almari lepastu tido. Then setengah jam kemudian, husband masuk bilik bagi balik upt and bila tengok


Terus google. Okay makcik google cakap kalau dah setengah jam means tak valid. Okay memang TAK pregnant. Sebab kan baru lepas period kan, takkan laa pregnant kan (cetek ilmu masa ni).

Sakit tu masih ada. Tanya semua doctor yang ade relatives, adik ipar, ika, ma kat campus. Semua cakap first mesti doc detect pregnant then baru comes to kencing kotor.

Lepastu beli lagi UPT yang mahal sikit yang kengkonon boleh detect pregnant on early period. Maksudnya boleh detect sebelum tarikh sepatutnya kita period. Test sekali masa tu kat office. Okay memang keluar line kedua. Kali ni tak sampai 10 second walaupun fine line.Husband kebetulan meeting dengan dengan office then dia senyum senyum. Tapi I biasa laa perempuan of course laa masih tak percaya. So UPT ada lagi 1. I buat lagi esok pagi tu lepas subuh sebab tu paling valid laa orang kata. Then, tadaaaa


Masih fine line sebenarnya tapi lebih terang. Actually I ada kumpulkan 3 UPT siap letak tarikh masa, unfortunately gambar kat phone terdelete.

So decide lepas je waktu sepatutnya period, baru pegi check up kat clinic. Then, cerita semua kat doctor, tunjuk UPT, then doc kata what can I say memang pregnant laa. Doc ni tak semangat betul. I and husband imagine yang doc cakap "Tahniah, awak disahkan hamil" Pengaruh drama sangat kann.

Doc suruh datang lagi 3 weeks after that untuk scan. Tapi kiteorang tak pegi clinic yang sama sebab doc macam tak bagi positive vibes kat ibu mengandung ni. So pegi doc yang semangat sikit. And here it is our baby



Masa ni masih seketul darah lagi. This time ya tuhan I dah start mabuk teruk. Tak boleh tengok mi goreng kuey tiaw goreng. Bau semua tak boleh. Makan memang susah. Makan muntah. Tapi bila muntah, husband paksa makan jugak even sikit pun sebab kesian kat baby nanti lapar. So I mabuk tak sampai deyhdrate. Alhamdulillah. 3 months after scan lagi our baby dah ada bentuk dah. Comel!

Siap nampak tangan terkapai-kapai. Hehehe

Dekat 5 bulan macam tu I tak boleh masuk dapur, pemalas tahap gaban. Sebelum ni I tak boleh tengok toilet kotor, lantai kotor mesti nak sapu nak mop nak kutip rambut. Mesti nak pegang penyapu 1 hari tu. Tapi bila pregnant semua I taknak buat. Rasa nak muntah kalau buat. Hahahaha

I selalu mengidam buah buahan yang susah sikit nak cari tapi alhamdulillah semua yang I teringin semua dapat. Yang paling sedap buah kundang! Manis! Tak kisah laa mahal macam mana pun yang penting sedappp.


 Peach first thing yang I craving. Ya Allah rasa nak nangis bila makan ni. Tapi bila tanya sekarang I rase nak muntah. Hahahha


 Buah kundang. Manis ya amat.


Then bila dah start selera makan dah okay balik, rasa nak muntah pun tinggal sikit sikit je, I craving benda manis manis macam ni. Ya Allah heaven gile kalau dapat semua ni. Hahahha

Last week check, baby I sepatutnya 500gm je tapi lebih muatan dah 664gm. Almost 200gm overweight. Doc suruh I kurangkan makan nasi and makan manis waktu malam sebab takut baby obese. Habis macam mana kan dah mama craving. Hahaha. And we already know our baby gender. Wahh! Nanti kite masuk entry list new born k k k. 

Semoga Allah mudahkan semua urusan semasa mengandung lagi 3 bulan ni and proses bersalin nanti.

xoxo

No comments:

Post a Comment