Thursday, July 10, 2014

Rezeki Allah Part 2 :')

Assalamualaikum.

Btw, I rasa I kena habiskan entry yang I berhutang dengan uolss. Hehehe. So kena taip laju laju this week sebab next week dah start busy giler.


Gambar yang atas masa tu I tak expect yang I akan terpilih untuk pergi untuk pemilihan jawatan tu. Then ade few kat offer letter tu bagitau yang kena lalui ujian fitness and ujian bertulis. I google terus sebab nak tau what kind of fitness I should had? And my friend pun pelik untuk jawatan ni I kena fitness bagai. Sebab selalunya untuk fitness ni hanya untuk bomba ke polis ke jpj ke macam tu laa. Then I pun ada study jugak pasal UTHM sikit sikit untuk ujian bertulis nanti.

So sampai je pagi tu memang dah siap siap pakai tracksuit semua. Then officer yang incharge tu cakap we olss kena lari satu stadium UTHM tu 6 round within 18 minutes. Wutta? Bontot I dah berat okayy nak lari bagai. Jauh gile phewww.


Jauh sangat seriusly. And masa tu I habiskan 6 round tu within 22 minutes. Lembs giler. Hahaha. Masa tu ada 3 jawatan yang kena fitness. Untuk my position ada 28 orang. Memang tersangat kena compete. Then habis lari kena situp, push up and lompat bintang. 2 minutes every task. Lepastu dengan peluh peluh kena pegi jawab exam. Masa tu dah nak pengsan. Sebab kan lamaaa giler tak exercise.

Exam pulak ada 100 soalan. Jawab dalam masa 1hour 15minutes. Maths dia memerlukan jalan kira yang sangat panjang. I macam nak baling kertas soalan kat orang tu sebab nak cakap "tak cukup masa laa giler!" Hahahaha

Contoh soalannya kann macam ni

"Ali boleh melombong bijih timah sebanyak 50tan dalam setahun. Terdapat berekar-ekar bijih timah yang boleh Ali melombong. Berapa jumlah bijih timah yang Ali dapat sehingga habis semuanya?"

Lebih kurang macam ni laa. Kau rasa berapa banyak jalan kerja nak kena buat untuk dapatkan jawapan. I suka Math sangatttt. Tapi bila I rasa I boleh buat but I need more time, akan rasa stress okayy. Then I macam redha je laa.

I ingat tak dapat sebab lari pun lebih dari masa. Soalan pun tak tau jawab betul ke tak. Masa tu ada jugak dia tanya pasal penjawat awam yang I tak tau nak jawab apa so bantai je laa. So memang tak confident langsung.

Sebab rezeki tak sampai sebulan I dapat offer letter untuk interview pulak. Memang tak sangka sangat. So I fikir I mesti dalam shortlisted nih. Heee

Sampai je interview I tengok orang yang sama lari dengan I pun ada lagi. Means dieorang tak buang langsung punn. So for whattt I kena ujian fitness bagai kalau tak tapis langsung. Masa tu i dah down. Notes tuk interview I simpan balik dalam beg. Takde mood dah. Apa nak jadi, jadila.

Dalam interview, kiteorang kena panggil 4 orang sekali. Masa tu laa nak market diri sendiri. Masa tu laa show who you are. I tetap jadi I. Jujur. I ada few tips untuk interview. Nanti I share. Ada jugak yang I melawan sebab I macam takde hati dah. Nanti I share dalam tips interview. Salah satunya panel tanya macam ni,

"Siapa yang awak kenal dalam UTHM ni?"

I cuma cakap " Saya cuma kenal VC UTHM. Yang lain saya tak kenal"

Panel tu jawab balik, "Tapi bukan VC yang interview awak."

I jawab macam ni je " Kalau tuan tanya saya, nama orang, pasal politik, sejarah, geografi, saya memang fail. If tuan nilai saya dari semua tu, saya memang takkan dapat jawatan ni"

Panel diam. I berani sangat masa tu sebab tak puas hati dengan dieorang tapis masa futness tu. Penat berlari tu terasa lagi masa tu. Then habis interview, I go through my new life dekat Venture.

Masa kat Venture I suffer fow a few weeks sampai nak berhenti and nak further master sambil jadi cikgu ganti. Ayah marah jugak time tu. Macam macam ayah cakap. Dalam phone ayah cakap macam ni, masa tu hari khamis ke Jumaat macam tu laa.

"Jangan gopoh gopoh nak sambung master. Kalau buatnya, dapat keje kat UTHM kang. Master kemana keje pun kemana"

"Mesti tak dapat punya". I memang sure gile yang I takkan dapat.

Ahad tu dapat email, offer letter from UTHM. Tak sangka sangat. Nangis laa time tu. Sedih sebab.... I tak doa langsung untuk dapat kat UTHM tu. Seriusly tak. Maybe Allah perkenankan doa ayah. Mungkin ayah yang doa untuk I dapat keje kat UTHM. Tak semestinya apa yang kita doa Allah perkenankan. Mungkin orang lain yang doa untuk kita dan Allah perkenankan doanya. Allah kan Maha Penyayang. :')

So, here I am as a staff di UTHM. Di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan bahagian Akademik menggantikan Penolong Pendaftar. :')





Syukur. :')

8 comments:

  1. alhamdulillah, tahniah kak tasha. :D

    ReplyDelete
  2. hi, i tengah gugel2 untk interview uthm next week,
    baca je blog u cakap pusing padang 6x tu, adeh, rasa nak pengsan jap.
    :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, nak tanya awk dpat utk jawatan ape yee.. sbb sy pon dpt jugak.. risau jugak bile tahu kne round 6 pusingan.

      Delete
    2. Hai nurul. Sy dapat jawatan pen jurutera. Awak?

      So nati kita jumpa d uthm next week ye... Hehe

      Delete
  3. Salam. Sy ad dpt ujian kecergasan dgn ujian bertulis kt uthm next week. Leh bg ckit tips x? Hehe

    ReplyDelete
  4. Walaikumsalam and hi. Saya dapat jawatan penolong pegawai tadbir. Kalau ikutkan haritu mmg kena lari 6 round pun. Dieorang nak tengok bmi kite sama ada fit ke tak. Kalau ujian bertulis banyak study pasal general knowledge and government work ethic surrounding. Macam tu laa. Soalan nya campur campur ade math. In sha Allah just be urself. Goodluck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for ur info. Alhamdulillah ari tu dpt gk abiskan lari 6 round even tercungap2 gk la. huhu.. Ujian bertulis so far utk Seksyen A ngn D dpt jwb. soalan BI ngn math siyes x ckup mase nk jwb. Hopefully sy layak la dpt ke interview seterusnya. In Shaa Allah.. :)

      Delete