Sunday, January 3, 2016

Part 1 : Solemnization | Natasha Amerludin & Yaacub Zaki

Assalamualaikum readers.

Ya Allah lama gila tak tulis apa apa langsung kat blog ni. Dulu kengkonon kalau tak tulis apa apa entry kena tiup tiup blog bagai tapi skarang dah matang so no need. Hee. Last entry last year woi! And Shaa dah delete all post yang Shaa rasa macam tak perlu dah kot ada dalam blog ni. So this entry entitle to new phase, new life, new things in my life,

Bismillah. Pernah cerita our love story kat Facebook masa teww. Tapi takpela kita cerita juga kat sini. As mentioned before, wishlist 2015 memang 'no love'. Seriously. Sebab masa tu baru lepas break up dengan sangat sadis. Cehh. Then, husband came into my life tanpa kita minta. Shaa kenal husband sebab sama sama kat faculty. Pernah dalam 2-3 kali pegi bengkel sesama. Kenal kenal macam tu. Kadang kadang je berbual. Lepastu entah macam mana we all start message with each other.

Masa tu drama sinetron jugak bila ibu ayah tau yang Shaa keluar dengan lelaki lain. Bukan my ex. Then Shaa bagi tau dieorang apa yang terjadi tu yang terus drama air mata. Masa tu memang down gila. Masa tu selalu sendiri. Pegi mana mana semua sendiri. Shaa doa banyak banyak. Minta Allah bagi petunjuk and jauhkan dari jodoh sebab luka sangat hati ni. Geli kan? Kahkah.

Shaa buat istikharah and I saw my husband. Tapi tak nampak muka. Nampak susuk tubuh turun dari satu tempat macam kat tempat parking. Masa tu husband cakap dalam mimpi tu "Saya akan jaga dia sampai syurga". Bangun tu nangis nangis sebab rasa macam apa Allah nak tunjuk sebenarnya ni. Terus doa yang kalau tu yang baik permudahkan lah semuanya.

Lepastu husband cakap nak jumpa ibu ayah. Ibu ayah macam tak okay masa tu sebab ayah macam rasa ralat betul Shaa tak dengan my ex tu. Tapi Allah permudahkan kan? Ayah macam terus rasa suka bila husband datang masa first time. Husband Shaa kan matured. Ouh btw, he is 8 years older than me. Teheee

Lepastu semua step step yang lain berjalan dengan baik. We were engaged on 3th May 2015. Masa tunang memang kiteorang perahsia gila. Tak bagitau orang. Upload gamba sendiri je. Tak upload gamba berdua. Hehehe



Masa ni makeup and baju semua sendiri. Pelamin je buat sikit daripada bridal. And makan semua catering and memang buat untuk family je.

Lepastu biasalah ujian ujian orang bertunang kan. Shaa memang laa banyak kali sangat nak putus bagai tapi fikir melibatkan both side. Husband memang tersangatlah sabar dengan perangai entah apa apa Shaa ni. Thank you husbeng :')

Masa tu memang decide nak buat reception dengan solmenization dalam satu hari yang sama which is 7 November 2015. So nikah pagi, tengah hari tu majlis kenduri.

Masa ni rombongan pengantin lelaki dah sampai. Decide memang nak nikah kat surau. Taknak kacau kat rumah. Heee.




Ni hantaran dari husband untuk Shaa. And tolong percaya yang husband yang deco semua dulang ni. Kalau shaa memang tangan kayu laa. Semua upah orang :p







Dah sampai and dikelilingi bridesmaid. Masa ni dah nervous dan. Dua hari sebelum tu memang dah tak lalu makan dah sampai hilang 2kg. Sekarang ni dah macam belon balik dah. I is sad.

Masa ni tok imam tanya soalan soalan.  Bacakan sikit sikit macam tazkirah pasal kahwin laa. Tok imam suka sebut nama Shaa, Nur Natasah. Bukan Natasha. ;')



Sebelum sign Shaa baca semua. Kat borang tu kena isi nama ic macam pengakuan yang kita akan berkahwin dengan siapa semua laa. Nervous nya. Tapi tak sampai pen gigil gigil lagi laa. Hahaha



Akad untuk tok imam jadi wakil wali untuk nikah. Memula memang decide nak ayah nikahkan tapi kat Kluang ni procedure nya leceh sikit. Ayah kena interview jugak. So ayah takde masa. Then tok imam je laa tolong nikahkan. Ayah pun macam nervous time ni. Hahahaha.


My beautiful ibu, cousin, aunty, sister and bridesmaid!


Hantaran daripada pihak perempuan, Memang concept Shaa masa tu nak pearl pearl and simple yang boleh. And I like it walaupun tak nampak macam beriye sangat.






Okayy tok imam dah nak start untuk menikahkah. Bismillah.


Bridesmaid tolong tenangkan dengan buat Shaa gelak gelak sikit. Masa ni kaki dah start kebas sebab duduk lama. Macam orang tua betul Shaa ni. Kahkah


Mesti husband tengah selawat banyak banyak tuu. 


Okayy dan selamat akhirnya. Sorry laa takde gamba dari tepi. Maybe photographer tak sempat nak capture. But it went well. Alhamdulillah :') 


Dengar betul betul apa husband baca tu. Masa ni belum sinetron lagi. Hahahha



Turn Shaa pulak. :')


Bila part ayah je Shaa dah tak tahan dah sebab masa tu ayah dah mula baca nak serah tanggungjawab. Seriously memang sebak sangat. Masa jumpa tok imam ibu ayah dah cakap tak payah buat keluarga sakinah tapi rupanya masa tu tom imam kata banyak masa lagi. So buat laa keluarga sakinah ni.


Bila tok imam panggil ibu Shaa lagi laa dah tak tahan. Ibu start baca je Shaa dah tak boleh stop nangis je sebab ayat keluarga sakinah tu tersangat sebak. Bila Shaa kena baca Shaa cakap dekat Ella which is my maid of honour, "Shaa taknak baca boleh tak?" Tapi kena juga baca, Ya Allah tak tahan sangat masa tu :'(




“Anakku,hari ini kamu akan berpindah dari naungan dan perlindungan ayah ibu ke suatu alam yang baru di bawah naungan suamimu. Ayah ibu telah mendidik dan mengasuhmu sebaik mungkin untuk menjadikan dirimu seorang anak yang solehah. Hari ini ayah ibu mengharapkan kepadamu untuk melaksanakan segala tunjuk ajar dan nasihat ayah ibu selama ini. Jadikanlah dirimu seorang isteri yang solehah nescaya suamimu akan menjadi teman yang mesra kepadamu. Berikanlah khidmat dan ketaatanmu kepadanya dengan jujur dan ikhlas. Hendaklah kamu menjaga perkataanmu dan budi pekertimu serta tingkahlaku terhadapnya. Jagalah maruah dirimu dan jagalah maruah keluargamu. Taatilah Allah سبحانه وتعالىsepanjang hidupmu, semoga Allah memberikan ketabahan, keafiatan, ketenangan dan kebahagiaan kepada kamu. Ayah ibu memohon kemaafan di atas segala kesilapan dan kesalahan semasa mendidikmu…” Mana tak sedih kalau dengar ibu cakap macam tu :'(



Okayy dah tak nangis nangis dah :'). First time pegang tangan husband jantung Tuhan je tau. Huhu 



 Husband turn. Macam tak muat je cincin ni yang. Shaa sempat bebel. Hehehe




Bestfriend hug. Love you yayang.


Big hug from my betfriends, sister. I love you all three so much. Ella pun Shaa sayang!


My bridesmaid lawaa gila masa teww. 


Masa dah habis majlis, semua orang dah pegi makan, husband panggil nak bagi surprise and bagi gelang emas as birthday present. Memang pilih tarikh birthday sama dengan tarikh nikah. So senang nak ingat :)



I love all the moments :')







Thank you semua orang. Thank you so much. Sampai harini rasa rindu 7 November 2015. Semoga Shaa dengan husband lebih kuat , tabah hadapi dugaan mendatang and bahagia sampai syurga Allah. Doakan Shaa tauuu. :')

Picture by : Azizi Arif
Makeup by : Mummy Gee


No comments:

Post a Comment