Wednesday, July 18, 2012

Puding Oreo :)

Salam. Siapa pecinta oreo macam I? Hee. I tersangatlah sukakan oreo. Kalau coolblog mesti choose flavour Oreo. Double lagi tuu. Kalau Secret Recipe punn masih Oreo Cheesecake jadi pilihan hati. Kalau kat BR punn still choose Oreo Ice-cream. Then, baru-baru ni dapat satu recipe dari sorang kawan tentang puding Oreo ataupun agar-agar Oreo laa namanya. Hee. So, lets start. Ececeh first time nih tulis recipe. Hikhik.

Bahan-bahan :

Satu packet agar-agar
Satu tin susu cair
Tiga tin air ( sukat ikut tin susu cair tersebut)
Satu packet biskut Oreo yang creme original tu.
Gula secukup rasa
Essen vanila
Daun pandan

Cara-cara:

1) Sediakan semua bahan tersebut

2) Didihkan air dan masukkan agar-agar sehingga larut. Sentiasa kacau supaya agar-agar hancur dan licin.

3) Masukkan susu cair dan gula.

4) Letakkan daun pandan dan essen vanila (sedikit sahaja essen vanila diperlukan. Hanya untuk memberi bau yang wangi.)

5) Biarkan hingga mendidih.

6) Masukkan biskut Oreo yang telah dipatahkan kecil-kecil ikut creativity sendiri.

7) Jangan terlalu lama biarkan apabila biskut Oreo telah dimasukkan.

8) Masukkan di dalam loyang. Biarkan di luar. Apabila sudah sejuk masukkan di dalam fridge.



 9) Sedia untuk dihidang.



Diingatkan untuk sentiasa kacau agar-agar itu supaya teksturnya lebih cantik apabila dah siap nanti. Selamat mencuba. :)


No comments:

Post a Comment