Thursday, August 22, 2013

Tips For DL's Result

Assalamualaikum. Setelah sekian lama kann nak update entry untuk tips dapatkan DL :) Initially I bukanlah seorang budak yang pandai selalu dapat nombor satu masa kat sekolah. Seriuslyy zaman sekolah tak berapa nak banyak pencapaian sangat laa. Lagi-lagi sekolah menengah.

Kalau sekolah rendah dulu ada laa jugak dapat anugerah masa akhir tahun selain buat persembahan story telling setiap kali majlis akhir tahun. Tapi kalau masa sekolah menengah tu memang takde langsung naik pentas sebab akademik. Hehehe. Ini disebabkan ape tauu, sebab masa tu tak tau cara study yang betul macam mana. Am I right?

Jadi mari kita mulakan entry yang mengandungi tips-tips study, Kalau rasa boleh guna, adapt laa. But if rasa macam entah apa-apa, leave it okay?

1. Make lecturers know you

Bukan laa bila tips macam tu, you kena kipas lecturer. Belikan lecturer itu ini. Nope. Bukan macam tu. Tapi try to participate in class. Do what lecturer ask to. Bila dah masuk degree ni kat kelas memang banyak discussion. So give your ideas and listen to people's ideas. Bukannya dok belakang gelak-gelak, tak participate apatah lagi concentrate. Lepastu orang bagi ideas kau gelakkan orang and dalam hati cakap "Pepoyo je budak ni. Bajet macam tau semua." Nayy,nayy,nayy. Biarlaa kan orang, dah dia banyak knowledge. Itulah gunanya knowledge sharing :) I tak pernah ampu lecturer. Apa yang I buat cuma give the best mark in test. Outspoken in class. Nuff said

2. PENTINGnya carrymark

If you all dekat univeristy you all akan tau apa itu carrymark ataupun dengan kata lainnya adalah on going assesment. This assesment will really help you for your grade. Tolonglaa jangan ingat bila carrymark tak okay, kau perform final okay, then your final will be okay. Nope. Pleasee dont. Carrymark tu laa yang akan tolong you all tau. My way is perform giler-giler masa test, quizzes, assignments and in sha Allah, you will get what you want for the subject. Bukan buat kerja asal siap okayy.



This is one of our final year project which is we have to create our own product under subject Technology and Innovation. Ni laa satu-satunya group yang I dengan Ulul berjaya pujuk lecturer untuk kiteorang nak berdua je dalam group tuk avoid conflict. Then, we end up dengan buat chococolate Kacip Fatimah plus Buah Manjakani. We do our own chocolate and our own packaging. We all pergi MARDI to get the real pokok kacip fatimah. So dalam assignments memang kena bersungguh. :)

3. Meniru

Meniru juga tips. Bila kau tak sempat nak pulun study, macam mana nak perform untuk test kan? So kalau nak meniru pun mesti kena smart. Bukannya dah plan nak tiru tapi  tak study langsung. Kena study jugak. Sebab kalau tak study kita pun tak tau nak selak kat mana nanti kan. Tu yang terkial-kial. Lepastu bukannya tiru-tiru bulat. Cukuplaa sekadar tiru point. Elaborate tu kau guna laa ayat sendiri. Baru nampak real. Lepastu jangan pulak pertikaikan orang DL pun meniru. Dia pun manusia biasa jugak. Yang penting final tak meniru kann. Hidup kena pandai wahai perempuan pulau :P Cikgu I pernah cakap, orang yang paling bodoh adalah orang yang bila dia tak tau dan dia ada peluang untuk meniru tapi dia tak meniru itulaa orang yang paling bodoh

4. Kawan

Carilaa kawan yang sentiasa ada senang dan susah. Bukan kawan yang hasut kita untuk benci orang lain. Cari kawan yang boleh study sama-sama. Bukan yang kedekut ilmu. Kawan yang telus dengan kita dalam study adalah kawan yang tak kisah untuk bagitau markah dia. Cara aku, kalau markah aku tinggi aku bagitau, markah aku rendah pun aku bagitau. Dah itu usaha aku itulaa yang aku dapat. Kalau orang dapat tinggi, aku tengok paper dia, cari mana salah aku. Macam tu laa study. Bukannya tanya markah orang, bila orang tanya markah kau, kau buat bodoh. Kau memang terbaekk :D




5. Pemakanan

Pemakanan sangat penting okayy. Sebab itulah yang membantu kita untuk generate cell untuk otak kita. Ikan sangat laa pe nting. I jarang sangat makan ayam lagi-lagi masa study. Ikan kan ada Omega 3. Lagi-lagi ikan Keli. Memang sangat helpful :)

6. Hati yang bersih

Bukanlaa nak cakap yang hati aku ni bersih. Tapi cukupla macam plain je. Takde dengki. Yang ni tetiba takde kena mengena dalam hidup kau, kau nak dengki dah kenapa kan. Pleasee la Allah itu Maha Melihat Maha Mendengar. Sekiranya orang tu tak buat salah kat you all, tapi you all sakitkan hati dia, orang itu tergolong dalam orang yang teraniaya. Kena ingat yang Allah makbulkan doa orang yang teraniaya. Ingat kalau sekarang kita buat orang, satu hari nanti orang akan buat kat kita. Kalau bukan kat kita maybe kat anak-anak kita kan. no one knows. :)

7. DONT FRIENDS FOR BENEFITS

Pleaseee I merayu sangat tolong jangan kawan dengan someone untuk take for grant. Kawan dengan orang tu sebab nak minta tolong ajar. Tapi belakang dia, awak kutuk-kutuk dia, keji dia semua. Tolong laa kawan-kawan jangan ada rasa macam tu tauu. Tak baik sangat. Lama-lama orang pun akan tau perangai awak macam mana. Awak kena ingat kalau awak macam tu then ilmu yang awak dapat tu takkan berkat. Selagi awak gunakan ilmu tu selagi tu tak berkat. Bila study kita nak semuanya berkat kan. :)

8. Bekalan akhirat

Bila study jangan lupa untuk akhirat. Nak lagi mudah belajar, dekat-dekat diri dengan al-Quran. Hari-hari baca al-Quran in sha Allah hati akan tenang. Belajar pun senang je nak masuk. In sha Allah.


9. Parents

Kalau nak test ke final paper ke makesure bagitau your parents. Ingatkan dieorang. Sebab nanti dieorang akan doakan untuk kita. Tapi kena ingatkan laa. I selalu kalau dah nak exam I tak call tapi I text macam ni,

"Ya Allah ya Tuhanku kau permudahkanlah anakku Nur Natasha bt Amerludin untuk menjawab peperiksaan pada petang ini pada pukul 2.30 hingga 5.30 petang bagi paper OPM548. Berikanlah dia idea yang bernas. Lapangkan hatinya. Jauhi dia dari kecuaian. Moga 4flat laah hendaknya untuk dia semester ini"

Buat laa text macam ni. So dalam masa yang sama parents akan baca doa ni. Bila paper lain forward and edit je laa text ni. Hewhew :)


Alhamdulillah. Ini yang I dapat lepas semua yang kat atas ni I praktikkan. Untuk sem 5 ni I tak tau sama ada I masih terbaik untuk batch ni or tak. Tapi I dapat title ni untuk 2 semester. Alhamdulillah.


 Gambar sekitar Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik. I nampak tinggi dalam tu. Hee


Ini apa yang I and Ulul usahakan selama ni. Alhamduliilah membuahkan hasil. Tapi sampai sekarang Ulul menyesal sebab tak study betul-betul dari part 3. Kalau tak in sha Allah akan DL dari awal kan. So, pleasee jangan leka okayy :)


Bila final kiteorang akan start study berdua kat library and some paper yang ramai-ramai sebab somtimes dieorang malas nak pegi library sebab kena pakai proper kann. So, kiteorang berdua je. Kalau I malas, Ulul akan ingatkan and kalau Ulul malas I akan ingatkan. Memang tak menjadi kalau dua-dua malas. Ingat cari kawan yang sama-sama senang and susah. Ingattt!


So, selamat mencuba tips-tips tersebut. Apa-apa boleh tanya. Cewahhh. Hee

xoxo

Regards,
Natasha Amerludin

2 comments:

  1. tasha degree start msuk sem 3 ek ?

    ReplyDelete
  2. Haah. Tapi tengok jugak subjek kite masa dip dulu. If lepas semua, memang naik sem 3 :)

    ReplyDelete